Game Percuma – Hitman Sniper Challenge

Para gamer PC berpeluang untuk bermain game Hitman Sniper Challenge secara percuma di Core Online. Core Online adalah platfom digital yang ditubuhkan oleh Square pada 2012 yang memberi peluang gamer bermain game secara percuma selama 20 minit sehari.

Selain daripada itu, para gamer boleh bermain game secara berterusan dengan bayaran bulanan. Segala ‘save game’ dan juga ‘achievement’ akan disimpan melalui ‘Cloud’ dan anda boleh bermain game di Core Online menggunakan Firefox, Internet Explorer dan juga Google Chrome.

Antara game yang terdapat di dalam Core Online adalah Hitman: Blood Money dan Tomb: Raider Underworld. Berminat untuk bermain Hitman Sniper Challenge secara percuma, sila lawati Core Online.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?