Game Percuma – Ghost Recon Online

Ghost Recon Online (Tom Clancy’s Ghost Recon Online) adalah sebuah game free to play keluaran Ubisoft dan berasaskan game perspektif 3 person shooter. Game ini telah diumumkan pada tahun lepas dan menggunakan enjin YETI yang dibangunkan oleh Ubisoft.

Ghost Recon Online adalah game yang hanya boleh dimainkan secara online dan game ini hanya dikeluarkan di pelantar PC dan Wii-U (tarikh berada dipasaran belum diumumkan). Walaupun game ini adalah fame Free to Play, seperti kebiasaan game-game Free to Play yang lain, anda perlu membayar jika ingin mendapatkan senjata yang lebih canggih dengan lebih cepat.

Tom Clancy’s Ghost Recon Online

Untuk versi Wii-U, belum ada kata putus samada versi Free to Play juga akan dikeluarkan untuk versi Wii-U memandangkan Ubisoft masih memberikan fokus sepenuhnya pada versi PC.

Untuk mendapatkan game ini, anda harus muat turun programnya serta mendaftar akaun Uplay disini. Saya sarankan anda bermainkan game ini memandangkan gameplay yang sangat menarik serta grafiknya yang sangat canggih dan tidak menggambarkan bahawa game ini adalah game Free to Play. Anda boleh saksikan gameplay saya dibawah ketika saya bermain game ini buat pertama kalinya. Best!!

 

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?