Flappy Bird bakal kembali

Flappy Bird akan kembali pada Ogos ini dengan sokongan ‘multiplayer’.

Setelah mengegarkan industri video game baru-baru ini dengan ketagihan yang ‘melampau’ dan terpaksa ditarik keluar oleh pembangunnya sendiri, akhirnya Flappy Bird akan kembali semula pada Ogos ini tetapi kali ini ia akan ditambah dengan sokongan ‘multiplayer’.

Selain daripada itu, pembangun Flappy Bird berkata, kali ini Flappy Bird akan dikeluarkan dengan kurang ketagihan. Dong Nguyen mengesahkan perkara ini di program CNBC iaitu Closing Bell baru-baru ini.

Nguyen juga dikatakan sedang membangunkan sebuah projek game dimana “seorang lelaki melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.”

Setelah mendapat populariti yang tidak dijangka mengenai game Flappy Bird, Nguyen mengambil tindakan menarik semula game tersebut dari pasaran kerana game tersebut merosakkan hidupnya yang sederhana.

Beliau juga berkata kepada Forbes, dia risau dengan ketagihan game tersebut. “Flappy Bird dibangunkan untuk anda bermain denganĀ  santai”, kata Nguyen.”Tetapi saya tidak sangka ia menjadi satu ketagihan.”

“Saya rasa ia sudah menjadi satu masalah. Jadi sebaik-baiknya, saya tarik semula game tersebut untuk mengatasi masalah ini.”

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?