FIFA 15 akan dilengkapi dengan kesemua 20 stadium EPL

FIFA 15 bakal dilengkapi dengan kesemua 20 stadium Liga Perdana Inggeris kali pertama dalam sejarah siri game bolasepak FIFA.

Ia adalah salah satu ciri penambahan dalam siri terbaru FIFA ini dimana pada hari ini EA Sport telah membuat perjanjian sebagai salah sebuah rakan rasmi untuk Rakan Rasmi Teknologi Sukan untuk Liga Perdana Inggeris sehingga musim 2018/2019.

Stadium-stadium tersebut adalah seperti senarai dibawah;

Stadium of Light
Goodison Park
Loftus Road
St Mary’s Park
Brittannia Stadium
Selhurst Park
Old Trafford
KC Stadium
Stamford Bridge
White Hart Lane
The Etihad
Anfield
Vill Park
The Boleyn Ground
St James Park
The Emirates
Liberty Stadium
King Power Stadium
Turfmoor
The Hawthorns

EA berkata, dengan penambahan ini serta kesediaan Liga Perdana Inggeris untuk meneruskan kerjasama mereka dapat memastikan FIFA 15 menjadi lebih asli.

Untuk FIFA 15 kali ini, EA Sports diberi akses sepenuhnya kepada kesemua kelab Liga Perdana Inggeris untuk memastikan mereka dapat mewujudkan stadium yang lebih realistik, stadium yang lebih hidup dan juga merakam gambar 3 dimensi lebih 200 pemain Liga Perdana Inggeris untuk menjadi model didalam FIFA 15 lebih tepat dan realistik.

Sorakan asli dan sebenar dari stadium-stadium berkenaan juga bakal digunakan untuk meraikan gol, wisel serta sorakan penonton.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?