Far Cry 4 pada November 2014

Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft mengesahkan Far Cry 4 akan dikeluarkan untuk konsol generasi terkini dan generasi sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft Yves Guillemot telah mengesahkan bahawa Far Cry 4 akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini dan ia adalah game terbesar dari Ubisoft pada tahun ini. Ia bakal dikeluarkan di pelantar Xbox One, Xbox 360, PS3, PS4 dan PC.

“Prestasi tahun ini akan didahului lima game iaitu Assasin’s Creed Unity, Far Cry 4, Just Dance, The Crew dan Watch Dogs,” Kata Guillemot. “Tempahan Watch Dogs telah mencatatkan rekod tersendiri dan ia bakal menjadi salah sebuah game yang paling berjaya setakat ini.”

Blog Ubisoft telah memberikan beberapa informasi mengenai Far Cry 4 dan antaranya ialah Far Cry 4 dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dengan dibantu oleh Red Storm Entertainment, Ubisoft Toronto, Ubisoft Shanghai dan Ubisoft Kiev.

FarCry4

“Senario Far Cry 4 ialah di sekitar Kyrat, sebuah kawasan yang dikuasai oleh seorang raja yang dipilih atas dasar diri sendiri.”

“Sekali lagi, pemain akan berupaya untuk membentuk sendiri jalan cerita dan dunia eksotik terbuka yang dipenuh hidupan liar selain dibantu dengan senjata yang pelbagai dan berbagai kenderaan.”

Sebelum ini, Far Cry 3 telah dilancarkan pada 2012 dan berjaya mencapai jualan 6 juta unit sehingga Mac 2013 menjadikan ia salah satu francais yang berjaya untuk Ubisoft.

Far Cry 4 juga dijangka akan dipertontonkan pada E3 Jun ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

One thought on “Far Cry 4 pada November 2014

  • May 16, 2014 at 10:29 pm
    Permalink

    ok The Division cancel Farcry 4 pun jadilah 😀

    ReplyReply

Komen anda?