Fable Trilogy akan berada dipasaran 7 Februari 2014

Microsoft telah mengesahkan bahawa mereka bakal mengeluarkan Fable Trilogy untuk Xbxo 360 dimana ia akan disertakan ketiga-tiga siri Fable. Dijangka akan berada dipasaran pada 7 Februari ini, Fable pertama yang dikeluarkan di konsol Xbox akan di naik taraf ke definisi tinggi (HD) dan dinamakan Fable Anniversary. Selain daripada itu Fable Anniversary juga bakal dikeluarkan secara individu pada tarikh yang sama.

Fable Anniversary akan dinaiktaraf dengan Achievements, Leaderboard dan sistem penyimpanan serta Definisi Tinggi (HD) 1080p yang diperkuatkan menggunakan Unreal Engine 3. Walau bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan pada Fable 2 dan Fable 3. Lionhead sedang membangunkan game Fable pertama untuk konsol Xbox One. Dinamakan Fable Legends, ia akan disertakan dengan sistem multiplayer kooperasi 4 pemain.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?