The Division ditangguhkan sehingga 2015

Ubisoft telah mengumumkan bahawa Tom Clancy’s The Division hanya akana berada dipasaran dalam tahun 2015.

Penerbit The Division berkata ia terpaksa di tolak ke tahun 2015 atas faktor kualiti kerana mereka ingin mengeluarkan game yang betul-betul mencapai kualiti yang diinginkan peminat. Pada tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Yves Guillemot berkata The Division akan dikeluarkan  pada pertengahan 2014.

Pembangun Massive Entertainment telah memberi maklumat tersebut melalui blog mereka. Ia juga mengesahkan The Division akan dikeluarkan di PC, PS4 dan Xbox One. ” Bekerja dengan The Division adalah satu peluang seumur hidup untuk Massive Entertainment, Reflections, dan Red Storm Entertainment.”

“Kami mewujudkan sesuatu yang kami banggakan dan kami tidak akan berkompromi dengan kualiti. Kami akan keluarkan game tersebut bila ia betul-betul bersedia.”

The Division bakal dipertontonkan lagi pada E3 Jun 2014. Sejak pembangunan game ini dari tahun 2012, ia dibangunakan oleh Massive Entertainment, walaupun Reflection iaitu pencipta game Driver dan The Crew turut bersama-sama  membangunkan projek tersebut.

The Division adalah game menembak atas talian yang terbuka yang bertempat di New York setelah bandar tersebut di serang oleh virus yang dibuat oleh manusia. Pemain akan menjadi salah seorang agen di dalam The Division, yang akan membanteras keruntuhan masyarakat.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

One thought on “The Division ditangguhkan sehingga 2015

  • May 16, 2014 at 10:25 pm
    Permalink

    OMG…NOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

    ReplyReply

Komen anda?