Definisi 1080p untuk PlanetSide 2 di PS4

Pengarah Kreatif Matt Higby telah mengesahkan bahawa game PlanetSide 2 akan dikeluarkan secara berdefinisi penuh 1080p di Playstation 4.

Berlaku kelewatan pengeluaran PlanetSide 2 tetapi SOE telah mengesahkan ia boleh dimainkan ketika E3 pada Jun ini. Presiden Sony Online Entertainment, John Smedley berkata PlanetSide 2 bolehlah disamakan dengan Halo. “Kami percaya bahawa PlanetSide 2 akan menjadi game atas talian seperti Halo tetapi versi Playstation 4,” kata Smedly. “Jadi kami ingin membawa satu kelainan dan pembaharuan kepada peminat semua.”

PlanetSide 2 dikeluarkan di PC pada November 2012 dan sepatutnya dikeluarkan di Playstation 4 pada awal 2014. Memandangkan 2014 hampir menjangkau setengah tahunnya, mungkin kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat PlanetSide 2 beraksi di Playstation 4 milik anda semua.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?