Dapat The Sims 2 Ultimate Collection secara percuma, masa terhad

EA pada kali berbaik hati mungkin sempena Hari Raya Aidilfitri kot :p, mereka akan memberikan game asli The Sims 2 yang anda boleh muat turun melalui Origin. Ingat, ia akan dikeluarkan dalam masa terhad sahaja. Jadi anda harus cepat muat turun game tersebut, walau bagaimanapun, ada cara serta kod yang anda harus masukkan sebelum anda dapat muat turun game The Sims 2 ini.

Sebelum itu, yang bakal anda muat turun bukanlah The Sims 2 Standalone edition, tetapi The Sims 2 Ultimate Collection dimana kesemua 8 Expension Pack disertakan sekali. Disini saya sertakan cara-cara serta kod yang anda harus masukkan. Selamat bermain The Sims 2..

Sims2_Free_01

Kepada yang tiada Origin, boleh mendaftar Origin disini atau muat turun aplikasi Origin dan daftar terus. Atau kepada yang dah ada Origin, anda juga boleh mendaftar Kod tersebut hanya melalui website. Jadi log-in masuk Origin seperti gambar diatas dan seterusnya klik butang My Account.

Sims2_Free_02

Pilih menu ‘Redeem Product Code’.

Sims2_Free_03Di bahagian Product Code, masukkan kod seperti ini. I-LOVE-THE-SIMS

Sims2_Free_04Menu seperti gambar diatas ini akan keluar.

Sims2_Free_05Tahniah, anda berjaya mengesahkan kod dan memiliki The Sims 2 Ultimate Collection.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?