COD: Modern Warfare Remastered akan dilancarkan berasingan

Dijangka berada dipasaran  27 Jun untuk PS4 dan 27 Julai 27 untuk Xbox One.

Untuk penggemar siri COD Modern Warfare, anda mungkin boleh bergembira tanpa mengeluarkan banyak wang untuk membeli COD Infinite Warfare Legacy untuk mendapatkan Modern Warfare Remastered. Ini kerana info dari Charlie Intel menunjukkan bahawa ia akan dilancarkan secara versi ‘standalone’ tanpa memerlukan anda membeli Infinite Warfare Legacy.

Harga bakal dilancarkan sekitar USD39.99 (RM171.82). Tiada info mengenai versi PC buat masa ini. Mungkin ini salah satu cara Activision untuk menaikkan jumlah jualan mereka memandangkan Infinite Warfare mendapat kritikan dan tidak mendapat jumlah jualan yang mereka jangkakan.

 

 

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?