Capcom bakal ‘remastered’ game mereka yang lain?

Capcom dikatakan sedang dalam pertimbangan untuk menaik taraf atau ‘remaster’ game mereka yang lain setelah kejayaan Resident Evil HD yang dilancarkan Januari yang lepas. Capcom sekarang sedang dalam proses naik taraf Resident Evil 0 dan telahpun berjaya menaik taraf Resident Evil 2. Mereka juga telah melakukan perkara yang sama untuk Devil May Cry 4 dan DmC: Devil May Cry untuk konsol baru.Resident-Evil-Zero-HD[1]

“Resident Evil HD sangat berjaya, ia terjual sangat pantas melalui PSN,” menurut kata Antoine Molant dari Capcom. “Kami sangat gembira”. “Resident Evil 0 sedang dinaik taraf ketika Resident Evil HD dilancarkan. Saya tidak dapat memberi komen untuk projek yang lain, tetapi dengan kejayaan ini, kita akan lihat berkemungkinan lagi banyak game yang akan dinaik taraf dimasa hadapan.”

Capcom telahpun membuat pengumuman dimana Resident Evil dan Resident Evil 0 akan disertakan didalam satuk disk dan bakal dilancarkan pada January 2016.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?