Call of Duty untuk Playstation Vita

Teka-teki berkaitan dengan Call of Duty untuk Playstation Vita akhirnya terjawab dimana Senior Vice President untuk Playstation Brand marketing yang baru iaitu Guy Longworth mengesahkan bahawa Call of Duty untuk Playstation Vita sudah berada dalam fasa pembangunan.

Beliau mengatakan lagi bahawa Call of Duty PSVita akan menjadi titik perubahan dalam konsol handheld sekarang. PSVita juga akan menjadi konsol handheld yang pertama yang mampu memberikan pengalaman sepenuhnya permainan Call of Duty untuk konsol handheld.

Call of Duty untuk Playstation Vita dijangka berada di pasaran sekitar musim luruh ini. Mari kita sama-sama nantikan.. 🙂

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?