Call of Duty 2015 sedang dibangunkan oleh Treyarch
Call of Duty 2015 sedang dalam proses pembangunan dan ia telah disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Activision Eric Hirshberg. “Ia bakal dipenuhi dengan inovasi dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan komuniti kami tidak lama lagi.”
Treyarch sebelum ini telah mengeluarkan beberapa siri COD antaranya Call of Duty 3, Call of Duty: World at War, Call of Duty: Black Ops dan Black Ops 2. The Black Ops mengekalkan kedudukan francais yang paling tinggi jualannya katanya Hirshberg. Treyarch juga adalah pencipta asal mod Zombie.
Hirshberg sebelum ini telah mengumumkan bahawa Call of Duty akan melalui proses pembangunan selama 3 tahun berbanding sebelum ini iaitu 2 tahun untuk memastikan kualiti yang terbaik dihasilkan oleh mereka.
COD in 2015 confirmed. We look forward to carrying on the conversation…that is, if we haven’t started it already. #InDevelopment
— Treyarch Studios (@Treyarch) February 5, 2015