Call of Duty: WW2 bakal dikeluarkan untuk Nintendo Switch??

Syarikat pembangunan game disebalik Call of Duty Remastered dan juga Call of Duty: Black Ops 3 (untuk versi Xbox 360 dan Playstation 3) iaitu Beenox telah menunjukkan gambar mereka sedang bersama-sama dengan tentera Canada. Gambar tersebut juga disertakan tag COD.

Masih belum jelas samada Beenox akan bertanggungjawab untuk pembangunan versi PC untuk Call of Duty : WWII ataupun mungkin versi untuk konsol lain (kerana versi Xbox 360 dan Ps3 tiada dalam perancangan awal), ataupun versi Nintendo Switch.

Mungkin Beenox terlibat dengan pembangunan Call of Duty yang baru?

Beenox telah menjadi anak syarikat Activision pada tahun 2005 dan mereka terlibat dengan penerbit yang lain untuk siri game yang lain terutamanya Call of Duty, Skylanders dan Spider-man.

Walaupun game ini masih jauh dari tarikh perlancarannya, jualan WW2 dijangka akan berjaya. Minggu lepas, Activision telah mengesahkan bahawa tempahan WW2 sangat menggalakkan dan tanggapan negative dari media sosial sebelum ini juga telah tiada berbanding dengan Infinite Warfare sebelum ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?