Budak mendapat hadiah blok kayu PS4 sebagai hadiah Krismas

Agak pelik apabila perayaan Krismas yang sepatutnya disambut meriah oleh penganut Kristian tidak menjadi kenyataan untuk seorang kanak-kanak bernama Scott Lundy dari Massachusett, US. Hadiah sepatutnya iaitu PS4 yang diletakkan di bawah pokok krismas oleh ibubapanya bukan seperti yang disangkakan. Setelah membuka bungkusan hadiah tersebut, ia cuma sebuah blok kayu yang diukir seakan-akan bentuk PS4 dengan lukisan alat sulit lelaki.

Brian-Lundy-Family-opens-fake-wooden-PS4-Christmas-morning[1]

Konsol PS4 versi bundle Uncharted telah dibeli oleh ibubapa beliau di kedai elektrik Target sebelum perayaan Krismas baru-baru ini. Ibubapa beliau terus kembali ke Target dan mereka telah mendapat konsol gantian beserta dengan voucer USD100 sebagai gantian kepada kesedihan yang dialami oleh kanak-kanak ini. Macam-macam hal kan…

PS4_Wooden

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?