Black Ops 3 : Tiada mod kempen di PS3 dan Xbox 360

Treyarch telah mengesahkan bahawa Call of Duty: Black Ops 3 tidak akan disertakan mod kempen (Single Player)  untuk versi PS3 dan Xbox 360. Multiplayer dan Zombie masih disertakan dan sudah tentu dengan ketiadaan mod kempen akan mengecewakan pemilik konsol PS3 dan Xbox 360.

Treyarch juga telah mencadangkan agar Black Ops 3 mendapat pengurangan harga apa bila dilancarkan nanti dan mereka akan sertakan game Call of Duty: Black Ops sebagai tebus ganti kekurangan di Black Ops 3.

Black Ops 3 untuk versi PS3 dan Xbox 360 akan disertakan dengan mod Multiplayer dan Zombies sahaja, tetapi tidak kempen. Dengan mod kempen yang memerlukan koop 1 hingga 4 pemain dibangunkan untuk PS4, Xbox One dan PC, ia tidak dapat dibangunkan untuk konsol generasi sebelum ini.

Menghasilkan pengalaman permainan yang terbaik untuk semua platfom sangat penting untuk kami. Untuk itu, bakal pemilik Black Ops 3 PS3 dan Xbox 360 boleh meneruskan pengalaman itu dengan bermain mod multiplayer, serta beberapa lagi ciri-ciri tambahan antaranya kelas Specialist 9 Black Ops dan lain-lain lagi.

Anda boleh mendapatkan Black Ops 3 pada November  ini di semua platfom kecuali Nintendo.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?