Beta Black Ops 3 tersedia pada pertengahan Ogos 2015

Walaupun PS4 akan merasai Beta Call of Duty: Black Ops 3 terlebih dahulu, tidak bermaknanya mereka akan merasainya selama yang mereka mahu. Activision telah pun mengeluarkan masa dan tarikh untuk konsol dan platform yang lain juga dimana yang akan menjadi Beta terbuka untuk mereka yang telah pun membuat tempahan awal.

Beta untuk pemilik PS4 akan dilancarkan pada 19 Ogos ini berterusan sehingga 23 Ogos. Xbox One dan PC pula bakal dilancarkan pada 26 Ogos sehingga 30 Ogos. Treyarch akan memberikan maklumat kemudian mengenai peta dan mod permainan yang boleh dimainkan ketika Beta ini. Kepada yang sudahpun membuat penempahan awal, jangan lupa untuk menebus kod beta anda.. 🙂

    digolbot

    Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

    Komen anda?