Berita terkini mengenai Gran Turismo 6

Gran Turismo 6 bakal menemui peminat game kereta tidak lama lagi memandangkan pengumumannya telah dilakukan di United Kingdom dengan menampilkan 1200 kereta dan 19 litar perlumbaan.

Melalui gambar di bawah yang diambil ketika pengumuman itu, anda boleh saksikan menu yang hampir menyerupai Gran Turismo 5.

Gambar kedua di bawah pula menunjukkan GPS untuk membantu anda ketika memandu.

Gran Turismo 6 dijangka menemui peminat pada penghujung tahun ini eksklusif untuk pemilik Playstation 3 dan tiada info terbaru mengenai versi Playstation 4. Seperti kebiasaannya, Gran Turismo 6 dibangunkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony.

Saksikan juga video konsep untuk Gran Turismo 6 dibawah..

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?