Battlefield Hardline adalah game terbaru dari siri Battlefield

Battlefield Hardline adalah game terbaru dari Battlefield. Berbeza dengan siri-siri sebelumnya, Battlefield Hardline berkisar tentang pertarungan antara pasukan Polis dan Perompak. Anda mungkin juga dapat bayangkan ia seolah-olah game Payday.

Berita ini diketahui melalui forum Better Battlelog yang mengesyaki sesuatu apabila ‘update’ terkini menunjukkan game terbaru sebagai “BFH” dan akan dikeluarkan di PS3, PS4, Windows, Xbox 360 dan Xbox one. Forum tersebut juga menunjukkan poster dimana terdapat empat kelas karektor yang mungkin anda boleh pilih iaitu, Enforcer, Mechanic, Operator, dan Profesional.

Battlefield Hardline

Selepas itu, salah seorang pembangun web iaitu Koen Vlaswinkel telah mendapatkan poster dari Battlelog dan mengesahkan game akan datang dari siri Battlefield ialah Battlefield Hardline. Vlaswinkel juga sempat membuat ‘posting’ di twitternya dengan menunjukkan ikon dimana terdapat dua pasukan yang anda boleh pilih iaitu SWAT dan Thieves selain daripada beberapa mod game yang boleh anda pilih antaranya Blood Money dan Heist.

Selain daripada itu, terdapat beberapa alatan yang boleh anda pilih (atau tidak) dan antaranya senjata, gari, kenderaan, riot shield, taser dan juga duit.

Vlaswikel juga menjumpai logo Visceral dimana Battlefield Hardline bakal dibangunkan oleh syarikat yang sama membangunkan Dead Space iaitu Visceral Games Studio.

Dijangkakan berita selebihnya akan kita ketahui pada E3 2014 Jun ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

2 thoughts on “Battlefield Hardline adalah game terbaru dari siri Battlefield

Komen anda?