Battlefield 4 lebih popular di PS4 berbanding PC

Para gamer PC sering kali menunjukkan betapa hebatnya PC mereka dengan mempertontonkan grafik game Battlefield 4 dengan tetapan grafik yang tinggi dan sebagainya.

Sebelum ini juga, para gamer PC sahaja yang boleh bermain multiplayer seramai 64 orang serentak tetapi setelah versi Xbox One dan Playstation 4 dikeluarkan segala-galanya berubah. Xbox One dan Playstation 4 juga mengetengahkan pengalaman yang sama seperti PC tetapi lebih baik dengan kurangnya ‘lag’ dan kurang ‘bug’.

Segala-galanya diterjemahkan melalui gambar graf dibawah;

BvwFKi8IcAAHSgX[1]

Melalui gambar diatas yang diambil dari P-Stats.com iaitu sebuah lawan sesawang yang mengumpul statistik pemain-pemain video game termasuk Battelfield 4. Berpandukan graf diatas, game PC sangat dominan sebelum versi PS4 dikeluarkan. Sebaik versi PS4 dikeluarkan, graf berubah secara drastik dimana versi PS4 lebih dominan dan ketika selepas Battlefield Hardline diumumkan, PS4 terus mendahului.

Versi Xbox One mungkin agak dibawah tetapi ia mungkin meningkat jika konsol Xbox One akan dilancarkan di beberapa negara lagi tidak lama lagi.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?