Battlefield 1 Exclusive Collector’s Edition diumumkan

DICE dan EA kali ini membuat kejutan dimana Battlefield 5 ataupun nama rasminya ialah Battlefield 1 berkisarkan mengenai Perang Dunia Pertama (World War 1) dimana sememangnya menjadi permintaan ramai peminat First Person Shooter untuk kembali ke sejarah peperangan dahulu. Dengan mendapat kritikan positif oleh peminat First Person Shooter, video trailer Battlefield 1 telahpun mengatasi Call of Duty Infinite Warfare dari jumlah Like manakala Call of Duty Infinite Warfare mempunyai jumlah dislike yang banyak hampir 800,000 penonton.

Untuk perkembangan ini, DICE dan EA serta bekerjasama dengan Project Triforce bakal mengeluarkan Battlefield 1 Exclusive Collector’s Edition yang bakal dilengkapi dengan patung setinggi 14 inci Harlem Hellfighter. Selain daripada itu, pakej ini akan disertakan Battlefield 1 Deluxe Edition Game,Ekslusif Steel book, poster kain ekslusif, Daun terup, Mesej tiub burung merpati dan DLC ekslusif, patch ekslusif dan pembungkusan premium.

91RFsh0ACsL._SL1500_[1]

819wQ2FShRL._SL1500_[1]

71ew5pvmSXL._SL1000_[1]

 

Harga pakej ini dianggarkan sekitar RM900.00 di Amazon dan hanya dikeluarkan untuk konsol PS4 dan Xbox One. Untuk versi PC, tiada info lanjut dan berkemungkinan besar tiada versi Collector Edition Edition dikeluarkan untuk pelantar PC.

Kepada peminat Battlefield, saksikan sekali lagi video trailer Battlefield 1 dibawah ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?