Asus ROG GL702ZC adalah laptop AMD pertama menggunakan Ryzen

Laptop gaming AMD Ryzen pertama muncul dan ia dipertontonkan oleh ASUS ROG GL702ZC di Computex Taiwan baru-baru ini.

AMD Ryzen akhirnya muncul di pelantar laptop. Di Computex Taipei, Asus the memperkenalkan ROG Strix G702ZC yang diperkuatkan dengan AMD Ryzen 1700 beserta dengan AMD Radeon RX580 dan 4Gb VRAM. AMD muncul kembali dengan cuba memecah dominasi Intel dan Nvidia untuk segmen gaming laptop dan PC. Laptop ini disertakan dengan skrin 17.3 inci Full HD beserta FreeSync 2.0. Selain daripada itu, RAM boleh ditambah sehingga 32GB DDR4 dan 512GB SSD serta 1TB 5400 RPM HDD.

Bentuknya tidaklah terlalu berbeza dengan logo Strix di belakang skrin, papan kekunci bercahaya merah di belakang, Ethernet jack, USB3.0 dan HDMI.  Laptop ini sebenarnya lebih kepada kelas pertengahan dimana ia dikatakan bersaing dengan laptop diperkuatkan Intel dengan Nvidia GTX1060. Memandangkan AMD Vega bakal dilancarkan tidak lama lagi, sudah tentu AMD akan cuba memecahkan dominasi laptop Gaming yang diperkuatkan dengan GTX1080 melalui AMD Vega tidak lama lagi. Laptop ASUS ROG GL702ZC dijangka akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?