ASUS akan mengeluarkan monitor ultrawide G-sync 3440×1440 bulan ini

Asus RoG Swift PG348Q dipertontonkan buat pertama kali sebagai sebuah monitor konsep di Computex Taiwan tahun lepas. Untuk tahun 2016, ia bukan lagi sebuah konsep, tetapi ia menjadi kenyataan.

Skrin monitor ini bersaiz 34 inci curved dan mempunya ratio 21:9 serta mempunyai resolusi 3440×1440. IPS panelnya pula dilengkapi dengan 5ms respon masa, 100% warna sRGB gamut, 10 bit warna untuk 1.07 billion warna berlainan. Dengan menggunakan teknologi Nvidia G-Sync, minimum fresh rate adalah 6-Hz dan maksimum 100Hz.

Selain daripada itu, ia dilengkapi dengan HDMI, DisplayPort 1.2, empat USB3.0 dan berat sekitar 11Kg. Saiz keseluruhan monitor ini pula adalah 829x558x297mm. Kalau melihat dari gambar di bawah ini, sememangnya monitor ini agak seksi dan kelihatan canggih. Berapakah harganya? USD1,000.00. Kiralah sendiri dalam RM yer… huhuhuhuh

ASUS ROG

ASUS ROG 2

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?