Assassin’s Creed Pirates untuk iOS dan Android Disember 2013

Assassin’s Creed Pirates, game siri Assassin’s Creed untuk iOS dan Android akan berada dipasaran pada 5 Disember ini. Ubisoft Paris telah membangunkan game ini dan berharga USD4.99 ~ RM16.00 pada kedua-dua platform. Game ini membolehkan pemain untuk berperang di laut dan juga berupaya untuk bereksplorasi dunia Assassin’s Creed versi Laut dan Pulau Carribbean.

Assassins Creed Pirates_2

Dengan menyerupai dunia Assassin’s Creed Black Flag, pemain akan mencari harta karun yang tersimpan lama. Walaubagaimanapun, kali ini pemain tidak akan mengikuti Edward Kenway, tetapi akan mengikuti seorang lanun bernama Alonzo Batilla.

Saksikan video trailer dibawah dan saya pasti ramai peminat Assassin’s Creed akan mendapatkan versi iOS/Android kali ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?