Akibat kalah bermain Call Of Duty, gamer menghubungi pasukan SWAT sebenar

Oleh kerana sering kalah di dalam permainan Call of Duty, seorang gamer telah menghubungi pasukan SWAT sebenar untuk datang ke rumah pihak lawannya.

Lebih 60 anggota pasukan SWAT telah datang ke rumah remaja 17 tahun, Rafel Castollo di Long Island New York setelah panggilan tersebut dibuat.

Pemanggil tersebut yang tidak didedahkan telah bermain secara atas talian menentang Castillo di game Call of Duty berasa kecewa kerana kalah.

Jadi, untuk membalas dendam ke atas Castillo, pemanggil tersebut berjaya mendapatkan nama penuh dan tempat tinggal Castillo sebelum menghubungi anggota polis Long Island dengan menyamar dirinya sebagai Castillo dan berkata dia telah menembak mati ibu serta abangnya dan bercadang untuk membunuh lebih ramai orang lagi.

Pasukan Polis dengan skuad yang besar disertai dengan helikopter dan pasukan khas terus ke rumah Castillo dan setelah berada disana selama dua jam, barulah pihak polis mendapati bahawa ibu dan abangnya masih hidup.

Castillo pula ketika itu masih lagi bermain permainan video didalam bilik serta memakai headphone dan tidak menyedari perkara yang berlaku diluar sehinggalah abangnya masuk kebilik dan memberitahu pihak polis mencarinya.

“Saya menyangkakan bahawa ia adalah sebuah gurauan kerana saya pernah melihatnya di kaca tv,” ulas Castillo pada New York Post.

“Ia mungkin dari seorang budak jahat,” tambah polis ditempat kejadian.

“Kami telah memerika kawasan tersebut dan tiada apa yang berlaku.”

“Kami telah menggunakan sumber yang banyak serta mengakibat kesesakan trafik yang teruk, akhirnya apa yang kami dapat adalah sebuah penipuan.”

sumber New York Post

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?