20 juta pemain berdaftar di Rainbow Six Siege

Ubisoft baru-baru ini telah mengumumkan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege mempunyai lebih daripada 20 juta pemain berdaftar.

Melalui blog mereka, Ubisoft juga mengesahkan setiap hari lebih 2.3 juta pemain bermain rainbow Six Siege. “Komuniti kami semakin berkembang dan cita-cita kami sememangnya menjadikan Siege sebuah game yang akan kekal selama yang boleh,” pengarah produk Nicolas Lefebvre menambah.

Akan ada lebih lagi pelan untuk Rainbow Six Siege, dengan “Operation Health” yang akan membaiki beberapa isu teknikal dan selain daripada itu, “Season Three” akan menambah beberapa lagi kandungan terbaru.

“Season” seterusnya akan ditambah dengan peta terbaru, senjata dan dua operator dari “Hong Kong Special Duties Unit (SDU)” dan juga dari “Poland’s Grupa Reagowania Operacyjno-Manewrowego (GROM).

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?