3DM akhirnya menghentikan aktiviti cetak rompak mereka

3DM yang berasal dari China telah mengumumkan mereka berhenti dari aktiviti cetak rompak untuk meneliti impak dan kesan kepada jualan game.

Sebelum ini, Kakigame telah mengeluarkan sebuah posting mengenai Bird Sister membuat kenyataan bahawa dalam masa 2 tahun, cetak rompak game mungkin akan sampai ke penghujungnya. Hari ini, Bird Sister telah membuatnya kenyataan bahawa 3DM akan menghentikan aktiviti cetak rompak mereka. Tujuan kumpulan ini menghentikan aktiviti mereka bermula 8 Februari 2016 bertujuan untuk melihat kesan dan impak kepada jualan game di dunia.

“Kami telah bermesyuarat secara dalaman. Bermula pada Tahun Baharu Cina (8Februari), 3DM tidak akan ‘crack’ sebarang game single player.
“Kami akan memerhatikan situasi ini selama setahun untuk melihat jualan game asli meningkat.”

Kenyataan ini dikeluarkan selepas sebulan 3DM mengeluarkan kenyataan dimana lapisan kedua perisian perlindungan DRM untuk Just Cause 3, Denuvo sukar untuk digodam. Adakah ini pengakhiran kepada riwayat cetak rompak game??

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?