10 games percuma untuk PC yang patut anda miliki

Disini saya sertakan 10 games percuma / free to play yang patut anda miliki. Game-game ini ada yang 100 peratus percuma malahan ada yang separuh percuma iaitu anda perlu membuat sedikit bayaran untuk menaik taraf senjata, armor dan sebagainya.

 

1. Team Fortress 2

Team Fortress 2
Team Fortress 2

Siapa tidak kenal dengan Team Fortress 2, salah satu game first person shooter percuma yang paling menarik keluaran Valve. Dengan sokongan server dari komuniti Team Fortress 2 yang tidak pernah lekang dengan pemain, Team Fortress 2 adalah salah satu game percuma yang wajib anda miliki melalui Steam.

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

2. Planetside 2

Planetside 2
Planetside 2

Sebuah permainan gabungan First Person Shooter dan MMO dikeluarkan oleh Sony Online Entertainment pada November 2012. Sekuel dari Planetside, Planetside 2 masih mengekalkan cara permainan dengan penaklukan kawasan yang luar untuk berperang didalam satu map yang besar yang boleh memuatkan 2000 pemain dalam satu masa. Permainan ini mempunyai kitaran waktu siang dan malam dan ia menjadikan game ini amat menarik untuk dimiliki, secara percuma sudah tentu..

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

3. League of Legends (LoL)

League of Legends (LOL)

League of Legends, salah sebuah game yang mempunyai pemain teramai di dunia. Sebuah game yang sangat kompetatif, penuh strategi dan berjaya menarik gamer-gamer profesional di seluruh dunia. Terdapat dua pasukan Champion iaitu 3vs3 dan 5vs5 sehingga hari ini, hampir 107 Champions yang anda boleh pilih. Salah sebuah game yang patut anda miliki jika anda peminat Dota dan juga World of Warcraft.

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

4. Lord of the Rings Online

 

The Lord of the Rings Online

LOTRO adalah sebuah game online percuma berasaskan buku J. R. R. Tolkien’s Middle-earth dan berlegar disekitar Lord of the Rings. Sebuah game RPG dan anda dapat rasakan kelainan bermain game ini berbanding game percuma RPG yang lain. Anda boleh bermain seberapa jam yang anda mahu tetapi seperti kebanyakan game percuma yang lain, untuk mendapatkan sesuatu barang yang baik, anda perlulah membeli atau menjadi pemain VIP.

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

5. Star Wars : The Old Republic

 

Star Wars : The Old Republic

Sebuah game yang pada mulanya mendapat perhatian yang sangat memberansangkan dari peminat game di seluruh dunia. Tetapi akhirnya game menjadi game percuma memandangkan langganan tahunan dari peminat amat mengecewakan. Untuk merasaikan permainan ini secara menyeluruh, anda harus membayar untuk mendapatkan senjata yang menarik, menaik taraf senjata dan armor dll.


[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

6. The Settlers Online

The Settlers Online

The Settlers game memang tidak dinafikan antara game strategi yang saya minati dan kali ini The Settlers Online boleh dimainkan terus melalui web browser anda. Grafik yang sangat menarik dan mendalam mampu menyebabkan anda untuk bermain game ini dalam tempoh yang panjang. Selain daripada itu, komuniti game ini juga sentiasa aktif dalam game ini.

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

7. Quake Live

Quake Live

Anda cuma perlu download software yang kecil untuk bermain game ini di browser anda. Selepas itu, anda akan terus berada di Quake 3 Arena. Game ini sangat kompetatif dan kepada yang baru bermain, bersedia untuk  mengalami pengalaman yang mengerikan.

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

8. Tribes: Ascend

 

Tribes Ascend

Tribes Ascend ini adalah sebuah game first person shooter yang hampir menyamai Planetside 2 tetapi untuk Tribes, setiap pemain akan mendapat jetpack dimana anda boleh terbang dari satu tempat ke satu tempat sambil menembak/berperang. Terdapat beberapa peta dan jenis permainan yang anda boleh pilih antaranya Capture the Flag, Team Deathmatch, Arena, Capture and Hold dan CTF Blitz. Peminat Planetside 2, anda harus cuba Tribes Ascend.

[three_fourth last=”no”]…[/three_fourth]

 

9. Battlefield Play4Free

Battlefield Play4Free

Peminat Battlefield sudah tentu tidak akan lupa pada Battlefield Play4Free (BFP4F), game ini adalah versi modification dari Battlefield 2 tetapi dengan grafik yang diperbaharui. Dengan saiz game 1.95Gb, anda akan dapat merasai pengalaman bermain Battlefield yang anda tidak mampu lupakan.

 

10. Airmech

Airmech

Airmech adalah sebuah game indie yang diterbitkan oleh Carbongames melalui web browser chrome. Anda akan bermain sebagai robot tank yang boleh bertukar menjadi jet. Ada beberapa mode permainan antaranya 1vs1 dan 3vs3. Anda wajib mencuba game ini..

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

One thought on “10 games percuma untuk PC yang patut anda miliki

Komen anda?